Kejituan lingkungan suara Lingkungan_suara

Lingkungan suara atau vokal ialah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya dan sebegitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara juga sepenting lingkungan nota muzik.

Definasi di atas ialah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ia bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Hal ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila dibincangkan mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ia tidak digunakan dalam nyanyian opera. Penyanyi “du-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira dalam definasi lingkungan suara mereka.

Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, boleh dikatakan bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu oktaf setengah dalam suara penuh dan tambahan satu oktaf setengah dalam falseto.

Untuk penyanyi wanita pula, boleh dikatakan bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi luar daripada bidang muzik klasikal begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.